KUNJUNGAN HORMAT TABUNG HAJI MELAKA KE ZAKAT MELAKA Bilik Perbincangan Zakat Melaka

Alhamdulillah, telah berlangsung kunjungan hormat daripada wakil Lembaga Tabung Haji Negeri Melaka yang diketuai oleh Tuan Haji Hishamuddin bin Muhamad Sohaimi, Pengarah TH Negeri Melaka bersama Tuan Haji Ahmad Zahir bin Kassim, Ketua Pemasaran Negeri Melaka ke Zakat Melaka.

Kunjungan ini telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka, Encik Zohaime bin Muhamad Sori bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Zuhri Iskandar bin A. Rahman serta Ustaz Muhammad Firdaus bin Tubari, Ketua Penolong Pengarah Operasi.

Pertemuan ini menjadi platform dalam mengukuhkan hubungan strategik antara kedua-dua agensi, khususnya dalam memperkasakan pengurusan kewangan Islam serta memperluas agenda dakwah dan kebajikan ummah.

Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkasa demi manfaat masyarakat dan kesejahteraan bersama.