Kunjungan Hormat Ke McDonald's Malaysia Kuala Lumpur

Kunjungan hormat telah diadakan antara YBrs. Encik Zohaime bin Muhamad Sori, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka bersama Encik Ahmad Azhar Darbi, Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia.

Pertemuan tersebut membincangkan berkaitan pelunasan Zakat Perniagaan serta Zakat Pendapatan melalui kaedah potongan gaji, sebagai usaha memperkukuh kerjasama strategik dalam memudahkan urusan penunaian zakat dalam kalangan organisasi dan warga kerja.

Inisiatif ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran serta menggalakkan lebih ramai pembayar zakat menunaikan kewajipan zakat secara sistematik dan berterusan.

Zakat - Bersih Jiwa Suci Harta ✨