KUNJUNG HORMAT ZAKAT MELAKA KE MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD Mydin Mohamed Holdings Bhd

Zakat Melaka telah mengadakan kunjungan hormat ke Mydin Mohamed Holdings Bhd bagi penyerahan Logo Usahawan Berkat Zakat Melaka kepada YBhg. Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali bin Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd.

Penyerahan Logo Usahawan Berkat ini merupakan satu bentuk penghargaan dan pengiktirafan kepada usahawan serta organisasi korporat yang komited dalam menunaikan tanggungjawab zakat, sekali gus menyokong usaha memperkukuh keberkatan perniagaan dan kesejahteraan ummah.

Semoga hubungan kerjasama ini terus diperkasa demi manfaat masyarakat dan pembangunan ekonomi asnaf di Negeri Melaka.