Zakat Melaka berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada RHB Islamic Bank Berhad yang diketuai oleh YBrs. Encik Muhamad Yazri bin Yaakup, Vice President, Head TB Government and GLC, Group Transaction Banking bersama beberapa pegawai RHB Islamic Bank Berhad.
Kunjungan ini telah disambut baik oleh Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka, YBrs. Encik Zohaime bin Muhamad Sori bersama beberapa pegawai Zakat Melaka.
Pertemuan ini menjadi ruang perkongsian pandangan serta memperkukuh hubungan strategik antara Zakat Melaka dan RHB Islamic Bank Berhad dalam meneroka potensi kerjasama yang memberi manfaat kepada ummah, khususnya dalam memperkasakan perkhidmatan zakat serta kemudahan transaksi yang lebih efisien dan berkesan.
Semoga jalinan kerjasama ini terus berkembang ke arah membina ekosistem kewangan Islam yang lebih kukuh, inklusif dan memberi impak kepada masyarakat.