Lab Pemacuan Pertumbuhan Mampan & Ketahanan Strategik Park Royal A’Famosa Resort, Melaka

Alhamdulillah, pada hari ini, YBrs, Encik Zohaime bin Muhamad Sori, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka, telah menghadiri Lab Pemacuan Pertumbuhan Mampan dan Ketahanan Strategik Agensi dan GLC Negeri Melaka Tahun 2026 yang berlangsung pada 03 hingga 05 Ogos 2026 di Park Royal A’Famosa Resort, Melaka.

Program ini menghimpunkan ketua-ketua agensi dan GLC Negeri Melaka bagi berkongsi pandangan, membincangkan strategi serta memperkukuh tadbir urus organisasi ke arah pertumbuhan yang lebih mampan dan berdaya tahan.

Semoga penglibatan ini dapat memberikan nilai tambah dalam memperkukuh pengurusan serta penyampaian perkhidmatan Zakat Melaka kepada masyarakat.

Zakat – Bersih Jiwa Suci Harta