Kunjungan Hormat Ke CIMB Islamic Bank Berhad Menara CIMB, Kuala Lumpur

Zakat Melaka telah mengadakan kunjungan hormat ke CIMB Islamic Bank Berhad di Menara CIMB, Kuala Lumpur.

Delegasi Zakat Melaka diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka, YBrs. Encik Zohaime bin Muhamad Sori, bersama beberapa orang pegawai Zakat Melaka.

Ketibaan delegasi telah disambut mesra oleh YBrs. Encik Rehsam Singh, Regional Head, Islamic Consumer Banking, Group Islamic Banking, CIMB Bank Malaysia Berhad.

Sesi perbincangan telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Ahmad Wahidi bin Mohamad, Vice President, Islamic Wealth, Consumer Banking, bersama YBrs. Puan Rafidah binti Mohd Yusof, Vice President, GIB – Consumer Banking MY serta beberapa orang pegawai CIMB Bank Malaysia Berhad.

Pertemuan ini menjadi platform untuk membincangkan penambahbaikan Perjanjian Ejen Kutipan Zakat serta meneroka peluang kerjasama strategik bagi meningkatkan kutipan zakat.

Semoga pertemuan ini dapat memperkukuh hubungan kerjasama antara Zakat Melaka dan CIMB Islamic Bank Berhad, sekali gus membuka lebih banyak ruang inovasi dalam memudahkan masyarakat menunaikan zakat.

Zakat – Bersih Jiwa Suci Harta