Pada 16 Julai 2026, telah berlangsung Perjumpaan Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka bersama Bahagian Operasi Bil. 01/2026 yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Zohaime bin Muhamad Sori.
Pertemuan ini menjadi platform perbincangan dan penyelarasan berkaitan gerak kerja operasi zakat, isu-isu semasa, penambahbaikan proses serta perancangan strategik bagi memastikan setiap urusan dilaksanakan dengan lebih cekap, teratur dan berkesan.
Semoga hasil perbincangan ini dapat memperkukuh kerjasama dalam kalangan warga kerja, seterusnya meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan Zakat Melaka kepada masyarakat.
Bersama memperkasa pengurusan zakat demi kesejahteraan ummah.