PERHIMPUNAN BULANAN AGENSI AGAMA ISLAM NEGERI MELAKA BILANGAN 2 TAHUN 2026 Auditorium Masjid Al-Azim, Bukit Palah

MELAKA, 3 Julai 2026 - Perhimpunan Bulanan Agensi Agama Islam Negeri Melaka Bilangan 2 Tahun 2026 telah berlangsung di Auditorium Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka.

Majlis ini telah dihadiri oleh YB Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka.

Penganjuran perhimpunan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh penyelarasan gerak kerja antara agensi agama Islam Negeri Melaka, selain memantapkan komitmen bersama dalam memperkasakan peranan institusi agama kepada masyarakat.

Majlis turut menyaksikan pelancaran Melaka International Halal Festival 2026, Kempen Tunaikan Zakat Saham Tahun 2026 serta Kempen Potongan Gaji dan Kemaskini Zakat.

Pelaksanaan kempen ini merupakan antara usaha berterusan dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan industri halal, kewajipan menunaikan Zakat Saham serta kemudahan menunaikan zakat melalui potongan gaji bulanan.

Semoga inisiatif ini terus memperkukuh sinergi agensi agama Islam Negeri Melaka dalam menyantuni masyarakat dan membangunkan ummah secara holistik.